
Founder GoHost Creative Cloud
Kenali FAIZAL TARIP
Setelah lebih 10 tahun mencari ilmu tentang cara bagaimana untuk marketkan produk/servis, akhirnya dah sampai masanya untuk Faizal share pengalaman Faizal untuk semua usahawan digital cara yang paling mudah, kos rendah dan tidak memerlukan team yang besar untuk mendapatkan hasil yang lumayan dalam perniagaan.
Faizal percaya dimana website adalah satu medium untuk kita bina BRANDING dan BOOST SALES kita. Akan TETAPI, kita masih perlu memahami teknik FUNNEL dan CUSTOMER JOURNEY bagi memastikan prospek tidak keliru dan boleh buat pembelian dengan pantas.
Career Path Faizal Tarip
- Sale Exec - Suria Jerai Electrical (Penang)
- Video Editor - Pegasus Automation (Penang)
- Sales / Marketing Exec - Akademi Al-Qudwah (Bangi)
- Marketing Exec - ZS Empire (Bangi)
- Web Designer - MaiMengaji.my (Bangi)
Siapakah Kami?
GoHost Creative Cloud adalah satu syarikat yang menyediakan hosting, vps, email hosting dan website design. Kami sudah bertapak di arena bisnes sejak 2018 dimana ia adalah satu perkara yang mencabar untuk membina satu bisnes tanpa modal.
Kini kami sudah berjaya untuk berikan servis yang kompetatif untuk pelanggan kami. Kami sentiasa memberikan harga yang berdaya saing bagi memastikan produk dan servis kami sentiasa relevan kepada pelanggan kami.
Kami sentiasa Research dan Develope design dan sistem terbaru untuk pelanggan kami bagi memastikan GoHost akan menjadi pilihan No.1 di Malaysia. Kini kami mempunyai hampir 1000 pelanggan yang aktif.

Perjalanan Kami
Kami bermula di Negeri Perlis Indera Kayangan. GoHost Creative Cloud ini adalah nama baru (rebranding) dari nama lama iaitu SYSNIAGA Marketing.
Rebranding ini adalah bertujuan untuk memudahkan prospek mengenali kami dan meningkatkan nilai (value) syarikat kami ke tahap seterusnya. Permulaan bisnes Sysniaga ni adalah dengan membaiki komputer dan marketing. Antara servis yang kami sediakan adalah membaik pulih komputer, setup pc, internet Cabling dan Marketing di Facebook dan Google Ads.
Disebabkan terlalu ramai pesaing dan limitasi modal dan lokaliti, kami kecilkan Niche kami hanya kepada Marketing iaitu Website Building, Ecommerce Setup, Funnel X Customer Journey dan Google ads.
